Firma peguam syarie diyakini.
HAK JAGAAN ANAK
HARTA SEPENCARIAN
FARAID
WASIAT
HARTA PUSAKA
HIBAH
SEBARANG KEMUSYKILAN & PERTANYAAN YANG BERKAITAN BOLEH BERHUBUNG DENGAN KAMI
KONSULTASI PEGUAM SYARIAH PROFESIONAL
KAMI SEDIA MENDENGAR
Dalam situasi yang melibatkan isu-isu rumah tangga yang mencabar, Firma guaman syarie Hafizah Haron & Associates menawarkan khidmat peguam syarie bertauliah dan berpengalaman untuk membantu menyelesaikan masalah anda. Melalui pengalaman kami, kami memahami bahawa isu-isu keluarga Islam memerlukan penyelesaian yang teliti dan berterusan dari peringkat sebelum perkahwinan sehingga selepas perkahwinan.
Dalam menangani setiap cabaran keluarga, hukum syarak dan Undang-undang Keluarga Islam menjadi garis panduan utama kami untuk memastikan keadilan terhadap semua pihak, perlindungan terhadap kebajikan kanak-kanak, serta penyelesaian yang harmoni. Jika anda memerlukan nasihat guaman syarie, jangan teragak-agak untuk menghubungi kami melalui borang pertanyaan yang disediakan di bawah.
Kami komited dalam menyediakan perkhidmatan undang-undang syarie yang berintegriti, profesionalisme dan mempunyai empati terhadap pelanggan kami dan masyarakat. Kami komited dalam menegakkan standard profesion undang-undang syarie, memastikan pelanggan kami diwakili secara komprehensif dan berkesan. Misi kami mendorong kami untuk memastikan keadilan undang undang syarie ditegakkan, dan berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam setiap kes yang kami kendalikan.
Visi kami adalah untuk diiktiraf sebagai firma guaman syarie terkemuka yang dikenali melalui tahap dedikasi kami terhadap kecemerlangan dan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi kepada keperluan pelanggan kami.
Kami juga berhasrat untuk memupuk persekitaran yang positif dan inklusif di mana pasukan peguam syarie berpengalaman kami dapat berkembang maju dan terus meningkatkan kepakaran mereka untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami. Melalui strategi perundangan yang selari dengan peredaran masa dan pendekatan berpusatkan pelanggan, kami berhasrat untuk memberi impak positif pada landskap undang-undang syarie dan menyumbang kepada kesejahteraan komuniti muslim di Malaysia.
Alamat Pejabat
Peguam Syarie Hafizah Haron & Associates, 15, Jalan Zapin 1, Bandar Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor